Sunday, December 21, 2008

Karangan Terbaik UPSR 2007


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air
paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya
bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan
sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi
saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya
berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128
kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak
sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya
pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya
melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia
pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri. Feri itu terbelah dua.


Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri
itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu
lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu
bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya
tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.


Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak
saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih
marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori
itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit
"Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter
itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus
memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu
lori itu di dalam bahasa Inggeris.


Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri
itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa
yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai
lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat
dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke
pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak
saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging
dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya
terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah.
Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah
kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.




p/s: xtaw betul ke x karangn terbaik...
jumpe kat internet..
blog owg...

3 comments:

  1. bior benor ni???
    AKu pon rasa nk mati je bile baca semula cerite ni nanti...

    ReplyDelete
  2. hehe..
    xtau la betul ke x....

    ReplyDelete
  3. hehe..
    xtau la betul ke x....

    ReplyDelete