Friday, August 29, 2008

2 gadis dikejar perogol..

Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan...

M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.

M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.

M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.

L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan mempercepatkan jalannya.

M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya. Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?

L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?

L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun lari sekuat tenaga.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap...

M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain saya..

M : Oh... Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia menurunkan seluarnya...

M : Oh tidak... Lalu apa yang terjadi kemudian?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.





p/s:Lu pikir la sendiri! (pada kwn2 pompuan ku~)
(kalo dah mcm ni, x payah nk pikir logik..keluarkan pisau @ terajang je ckup2 pada makhluk
durjana itu! Pada yg bole pecut tu, x pyah toleh belakang..Lari laju2 menuju ke tempat yg
ramai org! Kuarkan hphone cpat2 call 999!)



by;
da sharp shooter =p

Burung Kakak Tua

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye?? Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"

Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah...

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"




by;
iKHMAR
da sharp shooter =p

Nenek Ani

Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma.

Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil.

Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin. Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani.

Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia.

Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani. Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara,

"Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"




by;
da sharp shooter =p

Saksi

Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.

Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?"

Saksi: "Tidak."

Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?"

Saksi: "Tidak."

Peguam: "Pernafasannya?"

Saksi: "Tidak."

Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?"

Saksi: "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati???!"


by;
da sharp shooter =p

Wantan Mee

Alkisah ini terjadi di sebuah kedai makan....
Mat & Ah Chong singgah untuk makan setelah mereka selesai menonton wayang.... maka terjadilah perbualan ini:-

PELAYAN : nak minum apa encik?

MAT : bagi saya milo ais satu.

AH CHONG : Saya mau minum itu sirap limau....

PELAYAN : ok.....makan cik?

MAT : Saya nak nasi goreng satu...telur mata kerbau satu..

AH Chong : Kasi saya itu "WANTAN MEE"

maka pelayan tadi terus beredar beberapa minit kemudian dia datang semula.....lalu berkata:

PELAYAN : mintak maap la cik tukang masak saya suruh bagitau yang ada kat dapur la ni cuma telur ayam .... kalau cik nak mata kerbau tak ada sebab dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu cik....lagi satu kalau cik nak makan mee setakat 2 tiga pinggan tu ada la tapi kalau sampai "ONE TAN" mee tak cukup la cik........

MAT & AH CHONG : ???????????????????????----


By;
da sharp shooter =p

Wednesday, August 27, 2008

Merdeka for Couples..




ERTI MERDEKA BAGI SEORANG BOIFWEN





  • Dapat awek ramai even xensem.


  • Awek lame xkesah klau nk date ngn awek baru(madu)..


  • Klau dating,awek blanje everything..


  • Awek itu seorang yang manja and bley layan.



Lagi ramai awek,lagi bangga..









ERTI MERDEKA BAGI SEORANG AWEKS









  • Dapat pakwe setia giler..




  • pakwe nye..ensem + caring loving..




  • Pakwe selalu bwk pi dating yg romantik..




  • Parents suke self-choice..and merestuinya..




  • Happy ending story..








-self-founded-

Monday, August 25, 2008

NILAI SEBUAH PERSAHABATAN

Kehadiran seorang insan bernama sahabat di sisi semestinya akan menjadikan hidup sehari-hari lebih bermakna...Bersamanya kita boleh berkongsi segala rasa dan rahsia...Sahabat bukan sahaja cerminan yg merefleksikan siapa diri kita...tetapi mereka juga merupakan pengaruh yg besar dlm perjalanan hidup kita...Sukar juga dimengerti siapakah sahabat yg selayaknya di gelar sahabat sejati...Ada sahabat yg sanggup sehidup semati dng kita dan sanggup bekorban apa sahaja...BUT ada juga sahabat yg suka mengambil kesempatan terhadap diri kita...Sebenarnya...Sukarkah untuk mencari sahabat @ kawan yg benar2 sejati??? segalanya terpulang kpd diri msng2...apa pendapat anda???




Pada pendapatku...
Sahabat sejati ada di mana2... bagi diriku,keikhlasan dan kejujuran untuk bersahabat adalah sangat penting... Seperti mana cinta, hubungan persahabatan juga memerlukan persefahaman... Tanpa persefahaman, persahabatan yg telah dibina akan pudar lalu berlalu pergi begitu saja...Jika persahabatan itu sangat tulus,tidak ada yg dapat menggoyahkan persahabatan yg telah kita bina...Begitulah akrabnya hubungan persahabatan...Bak kata pepatah, cubit paha kanan paha kiri yg terasa sakitnya...Umpama teguhnya erti sebuah cinta, begitulah tingginya nilai persahabatan...Syukur Alhamdulillah...kini,Tuhan telah mengurniakan aku sahabat sejati...
Aku berharap agar persahabatan yg telah kami bina akan kekal selama-lamanya...AMIN...
Di sini aku sisipkan antara bait2 lagu SAHABAT SEJATI untuk renungan sahabat2ku sekalian...
Renung-renungkanlah........

Selama ini,
Kumencari-cari,
Teman yang sejati,
Buat menemani perjuangan suci.

Bersyukur kini,
Padamu Illahi,
Teman yang dicari,
Selama ini telah kutemui.

Dengannya disisi,
Perjuangan ini,
Senang diharungi, bertambah murni,
Kasih Illahi.

Sahabatmu@5sc1

Sunday, August 17, 2008

Chaiyok 5sc1!!!



Meet Azali - the 21A student

SMKA Yan student Azali Azlan has set a new record by obtaining 21 As – 20 1As and one 2A – in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination.

He has beaten the record set by former SMK Ulu Tiram student Nur Amalina Che Bakri who scored 17 1As in 2004.


Elated: Azali and Quek clowning around after finding out their results in Putrajaya yesterday.
Education director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom said Azali was the only student who took 21 subjects.

“We encourage students to take between eight to 10 subjects but because it is an open certificate, we cannot stop students from taking more subjects if they feel they can cope,” he told reporters when announcing the SPM and Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) results at the ministry yesterday.

He said one student each took 19 and 18 subjects respectively, two took 17 and 10 took 16 subjects.

Azali, 17, who wants to study biotechnology, either in the United States or Britain, said he wanted to thank his teachers from kindergarten to secondary school.

“My success is not mine alone as I could not have done it without my parents and all my teachers,” he said.

Asked why he took so many subjects, he said he wanted to prove to himself that he could do it, adding that he had obtained 18 1As and 3 2As in the trial examination.

Azali said he performed the solat hajat and fasted during the entire examination period, adding that he had dates and drank honey for strength every day.

SMK Hwa Lian student Quek Khai Ren was the only one to score 16 1As in the examination.

“I am hoping to obtain a scholarship; that’s why I did 16 subjects because I want to stand out from the rest who usually do 10 or 11 subjects,” he said.

Quek, who wants to study either engineering or actuarial science, said he did not want to burden his parents as he had three younger siblings.

Alimuddin said 189 special students out of 355 managed to obtain an SPM certificate.

“The best special student (blind category) is Loh Wei Siong from SMK Batu Lintang in Kuching who scored six 1As and two 2As,” he said.

Wednesday, August 13, 2008

5SC1 student-who got PLKN??

Dr. Qillz, Azwa, Memot, Mus,Bong,Faris and Piqa...We've got plkn!!!!

Monday, August 11, 2008

Design Finale~ (i ThiNK...)

ps:Fiesah...camno? ok kew???

Freakin' 17



I'm now freakin' 17 years old???

Bah,can't believe I took more than 9 years to realize that going to school is a very fun experience.

...

Now I'm going to punch Faris in the face.

Blog updated by Ecchi King Amir.

Sunday, August 10, 2008

Amik ni Fiesah!!



Hah amik ni!!
Buat Fiesah:
"Aku dah letak pic 'kembar' kita...ko nak sangat famous kan...Nah!
Huahuahua =D"
iKHMAr & Fiesah
Bertajuk; 3 pasang kembar lain ibu dan bapa...Kehkehkeh~
By;
iKHMAR
'da sharp shooter =p'

Friday, August 08, 2008

kami Punyer suke~




by;
'da sharp shooter..Ahakss!' =p

Keluargaku

Hai,namaku bintang malap.Aku menuntut di SMK Meru sejak dari ting. 1 sampailah sekarang.Kalau nak tau,aku ni ada sebuah keluarga yang sangat besar.Aku ada 28 orang adik beradik.Ramai kan...hah..terkejut? 8 orang laki laki dan 20 orang pompuan.
Dalam adik beradikku,akulah yang paling tak matang...hahaha...memang betul ni...tapi,aku bukan nak cerita pasal diri aku,tapi pasal adik beradik aku ni.Biasalah,kalau dah adik beradik ramai,mestilah kecoh kan? Hmm...lau nak dicerita apa yang dah kami buat bersama..boleh kalah novel Harry Potter.Yela, mane taknye,selagi kitorang bersama,macam macam benda dan idea yang kuar.
Wat itulah,inilah..tapi,satu hapa pun tak jadi...hahaha..inilah masalahnya ni,bila satu cakap ni,5 tak setuju,5 cakap ni,10 tak setuju...last last tak jadi....hahahahahahaha...memang keluarga yang pelik..oh ya,cakap pasal keluarga ni,lupa pulak nak bagitau sape abang long kitorang..abang long kitorang ialah....jeng,jeng,jeng...abang Iylia! Hehehehe....dialah kepala kitorang semua..papahal masalah pun dia boleh settle..kadang kadang dia ni ada jugak anginnya..haha...biasalah tu,manusia.. oh ya,lagi satu...kak ngah kitorang merangkap pembantu Abang Iylia ialah....Kak Fisah! Hah..dia ni kena jaga sikit..kalau time okay...dia okay...kalau baran....FUH! memang susah nak padam..(Hehe,jangan marah ye Fisah..) Tapi lau dak dua ni takde,kucar kacirlah kami 28 beradik...tak habis habis wat bising,bergaduh..kadang kadang tu,main sampai lupa dunia...ape nak jadi....tu la pasal tanggungjawab diorang ni berat..bukan calang calang orang boleh dan sanggup pegang..lagi satu,kitorang gak ada abang chik,kak teh ngan kaksu...abang chik kitorang abang wan,alah..abang Zakwan..kak teh pulak kak azereen..tak silap la...(lau silap..maaf!) Kaksu kitorang lak memang kecik,rendah.kiut kiut,comel,putih...tapi,tegas gak orangnye..nama dia A'idah(hehe,jangan marah ye A'idah)...hah...inilah antara taiko taiko adik beradik aku yang ramai ni..jangan main main..dorang semua ni bekas ahli geng yakuza tau..hehehe...

Hmmm...asenya tu je la kot pasal taiko taiko adik beradik aku ni....aku nak cite pulak pasal adik beradik laki aku lak...huh..lau nak cite pasal dorang memang perit..macam macam hal dah jadi sebab dorang...salah sorang daripadanya,Azhar..
hah..lau nak cite pasal dia ni,kenalah slow slow sikit...dia ni baran sikit orangnye..angin tak tentu..jap senyum bukan main baik lagi...jap MELETUP! macam gunung Kinabalu...eh,cop! gunung Kinabalu meletup ke? takpo la..tapi papahal Azhar ni memang cool,menarik dan senang di wat kawan..(Agaknye kot..hehe,jangan marah Azhar)..pastu,Syafiq..hah...dia ni susah..memang susah..bukan ape,orang cakap,dia ni 'kepala arnab'...hah? kena sumpah ke? cacat ke? tak..sebenarnya dia ni boleh dikatakan 'Playboy' la...(Syafiq,rileks..jangan marah..)..tapi tu orang kata la...bukan aku kata..walaupun dia 'Playboy',tapi dia ni tak pernah aniaya kawan atau adik beradik kitorang yang lain....hmm...bagus dia ni..tak pernah abaikan tanggungjawab jugak tu..hah,dia ni boleh dijadikan contoh...lepas tu..hmm...lepas tu...hah,Amir dan Faris..dua adik beradik kembar tak seiras...
minat,sama.kepandaian,sama.pemikiran,sama...kot.memang tak banyak beza(Kecuali saiz)...tapi,dorang ni contoh yang baik..pelajaran tak pernah abaikan...begitu juga ajaran agama..sentiasa berpegang teguh...(Yang lain lain pun sama)...Syukur
kepada ALLAH....adik beradik sapa la ni...ok,lagi satu...hah,Fadli dan Hafizul..hmm..susah nak cakap pasal dorang ni..satu agak pendiam...satu tak tau control mulut..tapi yang pasti,dua dua ni selalu menyusahkan keluarga..ada je yang nak dikomenkan...tapi,tak pernah pulak bagi idea..lebih lebih lagi Fadli..Hafizul lak,selalu tak puas hati ngan adik beradik..tak tau la nape...tanyo ler dio sendiri...tapi dorang dua ni lau takde agak berbeza sikit situasi kami..agak sunyi la jugak..
(Jangan perasan oi wak ngan Fadli!!)..pastu..pastu...dah la,habis pasal adik beradik laki aku...

Pasal adik beradik pompuan plak...fuh...memang lagi payah nak cite...tapi takpe,aku kan permudahkannya..adik beradik pompuan aku da geng geng sendiri...geng yang pertama..diketuai oleh Afiqah..geng..'RAIN'...ahli ahlinya terdiri daripada N.Huda,A'idah,Amirah kecik dan Diana Idayu...dorang semua ni memang obses ngan Rain..alah..penyanyi Korea tu..boleh dikatakan semua benda pasal Rain dorang ada..dari poster dia pakai baju sampai yang tak berbaju..(Hehe..gurau,gurau...)..tapi dorang ni makin lama makin pandai lak ye...rajin belajar pun ye...tapi satu je kurang...KETINGGIAN...hahahaha...(Jangan hot)..tapi nak wat camne..kan itu semua kurniaan ALLAH,jangan disoal lagi..baiklah..kita ke geng seterusnya...geng 'Jepun'....BANZAI!! diketuai oleh Iffah,ahli ahlinya,Farahin,Ikhmar,Amnie,Azereen dan Faisa...hah,geng ni bahaya sikit..dorang semua ada bau bau bacang ngan yakuza tau..hehehe..takde la..memain je..sebenarnye dorang ni cuma kagum ngan negara Jepun sbg negara Asia yang maju seperti negara negara besar yang lain...tapi harap harap jangan sampai lupa bangunkan negara sendiri sudah la...tapi,geng ni bolehlah dikatakan antara geng yang terpandai kerana mempunyai ahli ahli yang mampu untuk menjadi pelajar contoh..ehem! Baiklah..geng yang terakhir..dan yang mempunyai ahli yang paling ramai...diketuai oleh Kak ngah kitorang,Kak Fisah...geng....'Study'....wohoooo! hahahaha...ahlinya terdiri drp Aqilah,Azwa,Fadzlina,Musfirah,Nabilah,Amira(Amat),Huda dan Lahsilah...ha...geng inilah harapan adik beradik kitorang untuk bersinar...harapnya begitulah..walaupun begitu,data data peribadi mereka disimpan secara sulit dan tidak didedahkan seperti geng geng yang lain..oleh itu,tak banyak cerita pasal mereka....

Baiklah,sekarang masa untuk menceritakan lak pasal orang yang telah banyak mendidik kami,28 beradik..membimbing kami dan mengajar kamiape itu kehidupan...orang itu ialah 'IBU' kami..iaitu..Pn Hazlina bt Ismail..sorang ibu yang penyayang dan baik hati..tiada ganti bagi kami 28 beradik..hatinya sungguh mulia..prihatin terhadap semua anak anaknya..tapi...ha..tapi..kalau nak tau,ada salah sorang daripada adik beradik kami yang dijadikan anak emas! APE? MANA ACI!! nak tau sape budak tu? heh,dia tu Fadli...budak paling kecoh dalam kelas...entah macam mana entah ibu kitorang boleh carikan dia jodoh..agak pelik la..tapi walau bagaimanapun..kasih sayang dia kat kitorang tetap diberi sama rata...tiada sempadan...

Tapi..tapi..ini adalah kali terakhir bagi kitorang adik beradik untuk duduk bersama,gelak ketawa,menangis,gurau senda,rasai suka duka..sebab tahn depan,kami semua akan berhijrah mencari hala tuju masing masing...dan,mungkin jugak,ni adalah kali terakhir kitorang dapat bersama..mungkin lepas ni takde lagi perjumpaan seperti ni lagi..tapi,tapi aku tak bersedia..aku tak nak kehilangan adik beradikku semua..aku cuma mahu bersama dorang lebih lama lagi...ketawa bersama lagi dan menangis bersama sama sekali lagi..seperti waktu kitorang berkumpul...tapi ini semua adalal lumrah kehidupan..setiap yang bertemu pasti akan berpisah jua...


"YA ALLAH,KAU AMPUNILAH DOSA DOSA GURU GURUKU,DOSA DOSA SAHABAT SAHABATKU.KAU BERIKANLAH KEPADA MEREKA SEMUA KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.KAU BERKATILAH PERTEMUAN KAMI INI.KERANA SESUNGGUHNYA,DENGAN IZINMU KAMI BERJUMPA DAN DENGAN IZINMU JUALAH KAMI BERPISAH.SEMOGA UKHUWAH YANG TERJALIN ANTARA KAMI AKAN TERUS BERKEKALAN."
AMIN....


*kenangan terindahku...5 science 1

Thursday, August 07, 2008