Tuesday, December 30, 2008

Pengumuman...

Salam...

Pengumuman ini ditujukan kepada rakan2 & pengunjung2 blog ini.
Seperti yg sedia maklum, blogspot mempunyai masalah2 teknikal yg aku sendiri x paham,...
(aku bukannye terer iT ni pon~ huhuhu).

Antara masalah yg terkini ialah,
ada blog2 peribadi (*blogspot) yg ter 'remove' @ hilang secara tiba2...
(sori la wei, aku pon x gheti nk terangkan camne...sbb tu aku x sesuai jadi cikgu!!!)

Oleh itu, aku telah back-up kan blog aku dan blog kelas nih ke 'wordpress'..(hehehe)

so kalau korang pegi kat 5sc1bloodybrilliant.blogspot.com dan tiba2 x keluar @ kene remove, jgn segan2 utk ke link wordpress nye ye...

anda2 semua boleh melawat back-up blog kelas ni kat:
5sc1bloodybrilliant.wordpress.com

tetapi.,
buat sementara waktu, blog kelas ni menumpang pada wordpress yg bertuankan aku, iKHMAR the sharp shooter nih..(ahakssss!!).

Dalam masa pengangguran aku ini juge,
akan ku usahakan ape yg patut utk menyelamatkan blog aku & semestinya blog kelas tersayang kita ni daripada lenyap di telan ape ke bende ntah kat internet nih!

Kalo hilang jugak, xtau la aku nk kata ape~

Kalo korang tu ada bende2 nk advance kan blog kiter nih, jgn segan2 utk buat ye!!!

salam aku-yg-x-keje,
iKHMAR =p

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah kawan2 & semua!!!!!




Semoga tahun baru ini membawa segala kebaikan dan menghijrahkan diri kita ke arah yg lebih cemerlang dalam kehidupan serta ibadah kepada Allah S.W.T...

Sunday, December 21, 2008

Karangan Terbaik UPSR 2007


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air
paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya
bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan
sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi
saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya
berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128
kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak
sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya
pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya
melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia
pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri. Feri itu terbelah dua.


Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri
itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu
lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu
bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya
tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.


Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak
saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih
marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori
itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit
"Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter
itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus
memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu
lori itu di dalam bahasa Inggeris.


Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri
itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa
yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai
lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat
dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke
pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak
saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging
dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya
terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah.
Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah
kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.




p/s: xtaw betul ke x karangn terbaik...
jumpe kat internet..
blog owg...

Thursday, December 18, 2008

Apa cerita kalian???

Hoi...sonyap sunyi je blog ni???
Sudah lupakah kalian??

Yg dah bekerja tu... (capik n abg alia...haha)
xnk share pengalaman ke dgn kitorg???

yg on da way amek lesen tu..(qill,fadz, fisah)
tulis la pape yg patut info2 pasal perlesenan...

Huhuhu...sonyap jer...Korang jgn berani buat2 lupa pasal blog ni ye?!


Owh pasal aku...
(korang nk tau ke?)
Setakat x buat pape selain on9 saje & menghabiskn beras di rumah ini...Apakan daya, mak ayah ku x bagi aku keje lagik..Huhuhu!! Mereka suh duk umah, buat keje umah saje. Huhuhu.

Sekian melaporkan..,
iKHMAR da sharp shooter =p
(edited by ih.sar.a)

Wednesday, December 10, 2008

Hari Terakhir di SMK MERU

Wahaha...
Ni lah pic terakhir kitorang sebagai pelajar SMK Meru.
Lepas habes paper terakhir...Kitorg mulakan misi bergambo!!!
Tp ade jugak yg x abes paper lagi time ni..dalam 2, 3 orang gak la...Kalo x silap Faris, Fiesah & Iffah.Masing2 ada paper tambahan..Yg laen sume...,MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!!

*yg lain kemain gelak syaiton utk yg x abes paper lagi tuhhh...=p

Ni lah kami...pas abes paper!
Skema gamaknye...


Hoh, ni wanita-wanita 5sc1..
kegirangan!


Skema lagik...
Errr, QiLLz sedang....emmm, korg serba maklum la erk!


(seblom Merdeka..)


Ahakkksss!
Budak x abes paper!!!!
Mari kita ramai2 gelakkan mereka..

*gelak puaka...



(Lepas Merdeka..)

Eh, gumbira plak korang ye???




Hahaha balik lah korg...
Kitorg still melekat nk bergambo kat skolah.Weeehaaa~


Mari menggedikssss~



Ahah, kemerengan melanda~



Amnie: Meneropong masa depang.
Yg lain: melihat kalau2 ada masa tepi...




Kegumbiraan habis SPM!!!











Gadget:Amnie

Photographer:Linda

Caption: ikhmar

Monday, December 08, 2008

Selamat Hari Raya!!!!!!!!!

Woi!!!!!
Kawan2 ku skalian.....

Selamat Hari Raya Aidil Adha...!

hal ini kerana;
Bila unta dah x selera makan,
kambing mula resah,
lembu pura2 buat giler,
Ayam je nampak cool,
tu tandanya raya ni dah menjelma...

Selamat Hari Raya!!!!!!

Thursday, December 04, 2008

Uitttttt....,

Yeay!!!
Dah abes SPM...

Selamat berjuang kepada Wira & Wirawati yg terpilih ke PLKN....Go go chaiyok!

from;
iKHMAR =)