Sunday, October 25, 2009

Prinsip asas perubatan dan kesihatan


Prinsip asas perubatan dan kesihatan
            Menurut seorang ahli perubatan Islam, penyakit itu kerana tiga perkara:
i.                    Kelebihan zat
ii.                  Kekurangan zat
iii.                Kemasukan zat asing
Perkara di atas menjadi satu prinsip atau asas dalam perubatan dan kesihatan manusia. Bagi kita sebagai orang awam, asas atau prinsip perubatan ini patut kita ketahui dan kita jadikan rujukan jika sesuatu yang membabitkan masalah kesihatan berlaku.
Kelebihan zat
            Kelebihan zat merujuk kepada kandungan zat yang berlebihan di dalam badan yang mana menyebabkan ketidakstabilan fungsi tubuh badan. Secara umumnya, badan memerlukan zat dari makanan yang kita makan bagi tujuan tumbesaran dan menstabilkan fungsi tubuh. Apabila zat yang diperlukan melebihi daripada keperluan tubuh, zat yang terlebih ini akan berkumpul di dalam badan. Sistem dalam badan akan cuba menstabilkan ketidakstabilan zat ini dengan pelbagai cara. Antaranya ialah penyimpanan, penggunaan atau penyingkiran dari tubuh melalui perkumuhan.
            Bagaimana seseorang itu boleh mendapat penyakit jika kelebihan zat? Apabila system dalam badan gagal ‘menyelesaikan’ masalah kelebihan zat ini, penggumpalan zat dalam tubuh badan akan berlaku. Sebagai contohnya ialah gout. Gout terjadi kerana pengumpalan asid uric. Asid uric ialah byproduct dari asid amino yang telah diproses dari badan. Asid uric akan dikeluarkan dari badan melalui buah pinggang dan perpeluhan. Namun, akibat terlalu banyak asid uric yang dihasilkan oleh hati, buah pinggang tidak mampu untuk menapis semua asid uric. Kesannya, buah pinggang mulai lemah kerana kepekatan asid uric yang tinggi. Selain dari itu, asid uric yang berlebihan turut bergumpal dalam saluran darah. Kebiasaannya, asid uric akan berkumpul di kawasan sendi dan tulang. Kristal asid uric yang tajam akan menyucuk kawasan sendi lantas menyebabkan rasa sakit pada kawasan tersebut. Jika anda perasan, ada bonjolan kecil di kawasan yang sakit. Jika ditoreh bonjolan itu, akan keluar bahan seperti tepung. Contoh lain ialah kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan obesiti.
Kekurangan zat
            Kekurangan zat atau malnutrisi adalah satu keadaan di mana seseorang itu kekurangan zat dalam tubuh badannya. Kekurangan zat menyebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Disamping itu, tumbesaran tubuh turut terencat berikutan kekurangan zat untuk membesar. Kebiasaannya, mereka yang kekurangan zat dating dari golongan miskin seperti di negara- negara benua Afrika dan mangsa-mangsa peperangan seperti di Palestin. Kekurangan zat juga turut boleh membawa maut. Antara penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat ialah kwashiorkor.
Kemasukan zat asing
             Kemasukan zat asing bermaksud tubuh badan seseorang itu dimasuki oleh kuman, virus dan sebagainya. Bakteria seperti yang kita tahu terbahagi kepada dua iaitu ‘bacteria baik’ dan ‘bacteria jahat’. Bakteria baik seperti flora membantu proses penghadaman. Bakteria jahat seperti cholera, typhoid dan salmonella membawa penyakit. Walaubagaimanapun, semua jenis virus membahayakan manusia. Kemasukan zat asing ini melalui tiga cara, sebaran udara, air dan sentuhan. Ada juga penyakit yang disebabkan oleh bawaan vector seperti nyamuk dan lalat.
            Secara umumnya, berjuta zat asing yang masuk ke dalam tubuh badan kita setiap hari; sama ada kita sedar atau tidak. Sistem tubuh badan kita pula akan melindungi tubuh badan kita dari serangan zat asing yang masuk. Apabila tubuh kita gagal, kita akan diserang penyakit. Dalam tempoh masa itu, tubuh badan kita akan cuba melawan penyakit dengan menghasilkan antibodi. Apabila antibodi telah dihasilkan, badan kita akan kembali sihat.
Langkah menanganinya
            Secara ringkasnya, prinsip asas untuk menyembuhkan penyakit adalah seperti berikut:
i.                    Untuk kelebihan zat, pastikan kita makan dengan seimbang. Selain itu, perlu banyak bersenam dan berehat. Elak makan makanan yang menyebabkan kelebihan zat.
ii.                  Untuk kekurangan zat, pastikan makan dengan seimbang. Banyakkan bersenam dan berehat.
iii.                Untuk kemasukan zat asing, singkirkan zat asing dari badan. Banyakkan rehat supaya tubuh badan boleh membaiki system tubuh. Pastikan makan dengan seimbang dan perlu banyak bersenam. Jaga kebersihan diri.
Tambahan
            Selain dari tiga sebab utama penyakit, ada juga sebab lain seperti tabiat atau gaya hidup yang tidak sihat, masalah genetic dan lain-lain. Tiga perkara di atas adalah basic. Apabila ilmu perubatan meningkat, kita turut dapat mengenal pasti penyakit yang berasal dari perwarisan genetic. Walaubagaimanapun, saya harap, maklumat ini dapat dijadikan panduan bagi kita menjalani hidup yang lebih baik. Sekian.

Ahli Mimpi Yang Jauh Di Timur