Tuesday, August 25, 2009

Announcement Here!!!!!

Assalamualaikum w.b.t..

Kehadapan para blogger..
di sini,saya,Nur Aqilah Syazwani ingin membuat satu pengumuman..

Adalah dimaklumkan bahawa tahun ini..saya akan berpindah ke Gemas, Negeri Sembilan..ini kerana keluarga saya akan menetap dikampung untuk menjaga atuk dan nenek yg semakin tua dan tidak larat untuk tinggal berdua membanting tulang..

Tambahan pula,ayah saya telah pencen dan membuat keputusan untuk menjadi penternak,petani,peniaga dan penoreh getah yang berjaya..Sebenarnya,kami telah berpindah secara beransur-ansur dan sedang mengemaskini rumah untuk saat2 akhir..

Namun yg demikian,saya tetap akan pulang ke Meru sekali-sekala untuk bertemu dengan anda semua..rumah di Meru masih milik kami cuma pak cik saya akn menetap disana..jikalau ada kesempatan,saya hanya akan pulang ke Meru sahaja kerana malas pulang Gemas..atau dijemput anda semua datang ke Kuala Lumpur..dan kita berjumpa saja disini.sama ada midvalley,times square,pavillion,bintang walk,low yat,lot 10,jalan tar,jln masjid india..atau tempat kegemaran saya,pasar malam kerinchi,berhadapan dengan stesen lrt universiti.Para blogger juga sangat dialu-alukan kedatangan anda untuk menziarahi saya di kolej 12,Universiti Malaya..
jika ada kesempatan dan penyelia kolej tidak mendapat sebarang aduan..anda juga boleh tidur di kamar saya..(stakat nih rmi jew yg bwk membe masuk..xde mende pon)..

Menurut perkara di atas,saya memohon maaf sekiranya perpindahan saya ini menyulitkan hubungan kita..Andai kata..banyak salah saya dengan anda semua,harap2 ampunkanlah..inikan bulan puasa..ramadhan al-mubarak..
sama-sama lah kita memakmurkannya..amiiiinnn...

Suatu perkara lagi,
para blogger boleh berhubungan dengan saya melalui myspace,friendster,ym,flixter,facebook dgn menaip email-
qil_syaz@yahoo.com.. disini,saya sertakan nombor saya yang boleh anda hubungi..0196743463 dan 0172521246..

Sekian sahaja coretan saya kali ini..
Harap anda semua maklum..

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA...




No comments:

Post a Comment